Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2011

Beriman dengan al-qadar (ketetapan Allah) itu membuahkan beberapa hasil yang hebat, antaranya :

1- Pergantungan penuh kepada Allah ketika melaksanakan sesuatu sebab untuk mencapai / mendapat sesuatu. Seorang hamba itu tidak boleh bergantung kepada sebab itu sendiri kerana setiap satu perkara ituĀ berlaku hanya dengan ketetapan Allah.

2- Seseorang itu tidak merasa bangga dan ‘ujub apabila dia mendapat sesuatu yang dia inginkan. Kerana apa yang dia perolehi itu adalah nikmat dari Allah, dan Dialah yang telah menetapkan sebab yang membawa kepada kebaikan dan kejayaan. Rasa bangga dan ujub dapat membuatkan si hamba tadi lupa untuk mensyukuri nikmat Allah.

3- Rasa tenang dan lapang hati atas apa yang telah berlaku mengikut ketetapan Allah. Dia tidak risau apabila kehilangan sesuatu yang dia sayangi, atau ditimpa sesuatu yang tidak disukai, kerana itu adalah ketetapan Dia yang memiliki langit dan bumi, Dialah yang mewujudkan segala sesuatu.

Firman Allah yang bermaksud : “Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (al-Hadid : 22-23)

Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya adalah baik. Tidaklah ini berlaku melainkan hanya kepada orang mukmin, jika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan, dia bersyukur maka itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu juga baik baginya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

(Diterjemah daripada : Syarh Thalathah al-Ushul, Muhammad bin Shalih al-Uthaimin, ms. 78)

Iman dengan al-qadar mesti membuahkan perkara-perkara di atas, jika ia tiada pada diri kita, maka ukurlah sendiri iman kita kepada ketetapan Allah.

Read Full Post »