Feeds:
Posts
Comments

Archive for July, 2008

1- Ikhlas.

2- Mengosongkan fikiran daripada perkara-perkara yang boleh mengganggu tumpuan.

3- Memperbanyakkan istighfar.

4- Mambaca berulang kali.

5- Waktu yang sesuai.

6- Mengulang ayat yang telah dihafaz.

7- Menggunakan satu mushaf.

8- Mendengar bacaan al-Quran daripada kaset-kaset dsb.

9- Mengetahui makna ayat yang dibaca.

10- Membaca ayat yang telah dihafaz dalam solat.

11- Menyemak bacaan yang telah dihafaz dengan kawan-kawan.

Read Full Post »

Faedah ini saya dapati daripada sebuah kitab kecil oleh Syeikh Soleh al-Munajjid hafizhahullah. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.

Tanda-tanda kelemahan iman :

1- Melakukan maksiat dan perkara-perkara yang haram.

2- Merasa hatinya keras.

3- Tidak melakukan ibadat dengan baik; fikiran melayang ketika sedang solat, baca al-Quran, berdoa dsb.

4- Bermalas-malasan untuk melakukan ibadat dan ketaatan serta tidak mengambil berat waktu-waktu yang disunatkan utk menunaikan sesuatu ibadat dan tidak peduli untuk menambahkan pahalanya. Cth : Puasa Isnin & Khamis, qiyamullail, solat sunat dhuha, solat sunat rawatib dsb. (more…)

Read Full Post »

Ditulis oleh : Ummu Abdillah

Pendahuluan

            Apakah sifat seorang wanita yang beriman kepada Allah dan RasulNya? Bagaimanakah seorang wanita itu seharusnya bertingkahlaku untuk dia digelar wanita yang solehah? Dan apakah petunjuk Nabi :selawat kepada kaum wanita dari kalangan umatnya dalam menjalani kehidupannya? Sesungguhnya tidaklah seorang wanita itu mengikut setiap pesanan dan nasihat dari guru sekalian umat ini -:selawat- melainkan dia digelar wanita yang solehah. Tiada satu pun yang dapat mengukur kebaikan dan kemuliaan seorang wanita itu melainkan dengan kekuatannya berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah. Tulisan ini akan menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan di atas berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah. Wahai kaum wanita, perhatilah dan selamilah petunjuk serta wasiat dari Penciptamu dan Rasulmu serta hadapilah hidup ini dengan hati yang lurus! (more…)

Read Full Post »

     Manusia itu berselisih pendapat; adakah membaca al-Quran dengan tartil (lambat) dan sedikit itu lebih baik atau membaca al-Quran dengan laju tetapi banyak? Di sini terdapat 2 pendapat :

     Ibn Mas’ud, Ibn ‘Abbas dan selain daripada mereka berdua –radhiyallahu ‘anhum– berpendapat bahawa membaca sedikit tetapi tartil dan berserta tadabbur itu lebih baik daripada membacanya dengan banyak tetapi bacaan itu laju. Mereka berhujah bahawa matlamat membaca al-Quran itu adalah untuk difahami dan diteliti, mempelajarinya serta beramal dengannya. Membaca al-Quran serta menghafaznya adalah cara untuk sampai kepadanya. Seperti kata-kata sebahagian salaf : ‘Al-Quran itu turun untuk diamalkan, maka jadikanlah membaca al-Quran itu sebagai satu amalan, oleh sebab itu, ahli al-Quran itu ialah mereka yang beramal dengannya walaupun mereka tidak menghafaznya. Adapun mereka yang menghafaznya tetapi tidak faham maknanya dan tidak beramal dengannya, maka mereka bukanlah ahli al-Quran walaupun mereka menghafaznya dengan begitu baik sekali. (more…)

Read Full Post »