Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Akhlaq/Adab’ Category

Zikir : Ibadah Yang Diabaikan

Alhamdulillah, dengan izin dan taufiq dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, saya dapat berkumpul dengan adik-adik UIA pada Sabtu lepas. Alang-alang berjumpa dengan mereka, saya sediakan juga satu tazkirah ringkas. Pada awalnya saya tidak tahu tajuk apa yang mahu saya kongsikan. Alhamdulillah, dengan taufiq dari Allah, akhirnya saya memilih satu tajuk yang saya rasakan ianya lebih [...]

Read Full Post »

Doa Istikharah

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: “Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini: اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ [...]

Read Full Post »

Jangan Putus Asa!

Assalamu’alaykum.. Sudah hampir 2 bulan saya tidak menulis apa-apa di blog ini. Berhenti menulis di bulan Ramadhan membuatkan saya agak lambat untuk mula menulis semula. Semoga Allah memberikan saya taufiqNya dan mengampunkan dosa saya. Alhamdulillah, hari ini saya membaca kitab Majmu’ al-Fataawa oleh Syaikh al-Islam Ibn Taimiyah rahimahullah, dan seperti biasa, saya selalu mendapati butir-butir [...]

Read Full Post »

Berbuat baik kepada musuh..? Seolah-olahnya tidak masuk akal. Iya.. Memang tidak masuk akal untuk orang yang ‘tidak mempunyai bahagian yang besar’ seperti kita. Lihat firman Allah ini yang bermaksud : Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan [...]

Read Full Post »

Bila kita sebut mengenai tawakal, pasti kita akan terbayangkan musibah dan ujian. Begitu juga tawakal dalam urusan keduniaan seperti mencari rezeki, menghadapi peperiksaan dan sebagainya. Saya juga berfikiran sebegitu sebelum ini sehinggalah saya membaca satu tulisan Ibn Taimiyah rahimahullah dalam Majmu’ al-Fataawa yang menyebut bahawa mereka yang menyangka bahawa tawakal itu hanyalah untuk menuntut bahagian [...]

Read Full Post »

Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Akan masuk syurga 70,000 orang dari kalangan umatku tanpa dihisab”, mereka berkata : Siapakah mereka wahai Rasulullah? Baginda menjawab : “Mereka ialah orang tidak mengubati dirinya dengan ruqyah (jampi), tidak percaya kepada petanda baik atau buruk (dengan melihat burung dan sebagainya) dan tidak membakar bahagian tubuh yang sakit [...]

Read Full Post »

  Musibah adalah satu perkara yang hampir pasti berlaku pada setiap insan. Ada yang diuji dengan kehilangan harta, kehilangan orang tersayang, perceraian, tiada anak, tidak lulus periksa, dan berbagai-bagai lagi. Masing-masing diuji dengan perkara yang berlainan. Ada manusia yang ditimpa musibah tetapi dia tidak berdoa kepada Allah, bahkan mereka jauh bertambah sesat dan berputus asa [...]

Read Full Post »

Ghibah (Mengumpat)

Ditulis oleh : Ummu Abdillah Pendahuluan             Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat lisan kepada manusia. Dengan lisan mereka berkomunikasi, dengan lisan mereka berkata-kata, dengan lisan juga manusia boleh mengubah seluruh dunia dan seisinya. Tetapi, adakalanya  mereka terlupa adanya batas-batas yang perlu dijaga dan diawasi. Di sana sini kedengaran gosip dan berita panas dijaja baik di [...]

Read Full Post »

Tawakal

Ditulis oleh : Ummu Abdillah Tawakal itu merupakan suatu ibadah dan perintah oleh Allah Ta’ala yang termaktub di dalam KitabNya, tetapi ia bukanlah ibadah yang mempunyai ritual seperti solat, haji, puasa dan lain-lain. Ia merupakan pekerjaan hati di mana dalam ibadah ini, hati manusia perlu berusaha untuk melaksanakan tawakal. Persoalannya, bagaimanakah untuk melaksanakan tawakal? Ia [...]

Read Full Post »

Faedah ini saya dapati daripada sebuah kitab kecil oleh Syeikh Soleh al-Munajjid hafizhahullah. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya. Tanda-tanda kelemahan iman : 1- Melakukan maksiat dan perkara-perkara yang haram. 2- Merasa hatinya keras. 3- Tidak melakukan ibadat dengan baik; fikiran melayang ketika sedang solat, baca al-Quran, berdoa dsb. 4- Bermalas-malasan untuk melakukan ibadat dan ketaatan serta tidak [...]

Read Full Post »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.