Saya tidak tahu tajuk apa yang patut saya letakkan pada artikel ini. Apa yang saya cuba sampaikan dalam penulisan ini adalah hasil reaksi daripada artikel yang disiarkan dalam surat khabar mengenai saranan untuk melayan suami seperti pe***** kelas pertama.
Pelbagai reaksi yang timbul, ada yang tidak bersetuju dan ada juga yang bersetuju. Adapun saya, pada mulanya saya terkejut membaca tajuk artikel tetapi akhirnya saya merasa insaf membaca artikel ini tatkala melihat petikan hadis Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam yang berbunyi : ”Jika seorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa Ramadhan, memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah dia (ke dalam syurga) melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.” (Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya). Selepas itu, saya seakan terlupa tujuan sebenar saya untuk menilai tajuk artikel yang menyentuh sensitiviti masyarakat itu, sebaliknya saya mula menilai diri saya.
Selesai membaca artikel ini, saya terus terbayangkan keadaan di mana isteri menolak hajat suami. Seorang kawan kepada suami saya sendiri pernah mengadu kepadanya, isteri yang kepenatan pulang bekerja selalu memberi bermacam alasan kerana tidak dapat memenuhi permintaan suami. Saya pernah terbaca fenomena di mana isteri tidak membenarkan dirinya digauli suami selama 7 bulan dalam tempoh mengandung; ditambah pula beberapa bulan selepas melahirkan. Adakah kita para isteri faham apa yang dirasai dan dilalui suami ketika ini? Saya tidak tahu samada fenomena-fenomena ini boleh menyebabkan suami cari makan luar atau tidak. Tapi yang pasti, ia mempunyai ancaman yang besar di sisi syara’. Oleh itu, marilah kita semua para isteri muhasabah dan menilai kembali bagaimanakah khidmat kita kepada suami, baik khidmat batin mahupun zahir.
Seorang wanita datang kepada Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam, dan Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam berkata kepadanya : ”Adakah engkau mempunyai suami?” Kata wanita itu : Ya, ada. Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam berkata kepadanya : ”Bagaimanakah engkau terhadapnya (iaitu redhanya, murkanya terhadapmu dan bagaimana pula khidmatmu kepadanya?)”. Kata wanita itu : Sesungguhnya aku tidak mengurangi apa-apa pun dari haknya kecuali apa yang benar-benar aku tidak mampu. Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata lagi : ”Lihatlah di mana engkau di sisinya, sesungguhnya dia adalah syurgamu dan nerakamu.” (Diriwayatkan oleh Malik dalam al-Muwaththa’). Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam menyuruh para isteri supaya sentiasa menimbang, memuhasabah dan menilai, apakah suami redha atau murka kepadanya. Apakah suami berpuas hati dengan khidmatnya? Kerana redha atau murkanya suami boleh menjadi faktor samada si isteri tadi ke syurga atau ke neraka.
Apakah tuntutan Islam dalam hal ini; iaitu melayan dan memenuhi hajat suami? Apakah anjurannya? Apakah garis panduannya? Apa pula ancaman meninggalkannya? Apakah ada pantang larangnya? Mari belajar bagaimana melayan suami menurut al-Quran dan Sunnah.
Tujuan perkahwinan
Sebelum kita menjawab soalan-soalan di atas, mari kita sama-sama imbas kembali apakah tujuan sebenar disyariatkan perkahwinan. Dalam sebuah hadis, Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam ada berkata : ”Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mampu untuk bernikah, maka bernikahlah; sesungguhnya itu lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kehormatan. Barangsiapa yang tidak mampu untuk bernikah, maka hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya ia dapat memadamkan syahwat.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Daripada hadis ini, jelas menunjukkan bahawa anjuran Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam supaya para pemuda itu bernikah adalah untuk menjaga penglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang haram. Begitu juga untuk memelihara syahwat mereka daripada disalurkan kepada yang haram. Sebaliknya, dengan pernikahan mereka dapat meleraikan gelojak syahwat dengan menyalurkannya ke jalan yang halal. Dan mereka boleh melihat sesuatu yang asalnya adalah haram, tetapi dengan pernikahan ianya menjadi halal.
Berkata al-Syaikh al-Albani rahimahullah dalam kitabnya Aadab al-Zifaaf : ”Hendaklah kedua-dua suami dan isteri itu meniatkan dengan pernikahan mereka itu untuk menyalurkan nafsu mereka ke jalan yang halal dan memelihara diri mereka daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah. Sesungguhnya persetubuhan mereka itu ditulis sebagai sedekah seperti yang disebut dalam hadis Abu Dzar radhiyallahu ’anhu : ”Apakah jika salah seorang daripada kami mendatangi syahwatnya, adakah pahala baginya? Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam menjawab : Katakanlah padaku, jika dia meletakkannya pada sesuatu yang haram, adakah dia mendapat dosa? Begitu jugalah sekiranya dia meletakkannya pada yang halal, maka dia akan mendapat pahala.” (Diriwayatkan oleh Muslim) [Aadab al-Zifaaf, 64]
Al-Imam al-Nawawi berkata : ’Hadis ini menjadi dalil bahawa suatu perkara yang mubah (harus) itu boleh menjadi suatu amal ketaatan dengan niat yang benar. Contohnya, jima’ boleh menjadi ibadah sekiranya ia diniatkan untuk menunaikan hak isteri / suami serta meniatkan untuk bergaul dengannya secara baik seperti yang diperintahkan oleh Allah, atau untuk mendapat anak yang soleh, atau menundukkan syahwat suami / isteri daripada mendatangi yang haram lantas menghalangnya daripada melihat, memikirkan atau menginginkan yang haram dan lain-lain niat yang baik’. (Syarh Sahih Muslim, 4/100)
Dalam satu hadis yang lain pula, Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Tiga golongan yang pasti mendapat pertolongan dari Allah : orang yang berperang di jalan Allah, hamba yang hendak membayar al-mukatabah dan orang yang hendak bernikah kerana hendak memelihara kehormatan dirinya.” (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi; beliau berkata : Hadis hasan sahih)
Benar, tujuan perkahwinan itu ada banyak, tetapi salah satu antara yang terutama yang mana jelas sekali daripada hadis-hadis ini bahawa menikah untuk tujuan menyalurkan nafsu syahwat ke jalan yang halal bukanlah satu tujuan yang ’jijik’ atau ’tidak patut’. Bahkan ia adalah satu tujuan yang mulia demi untuk melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
Jima’ : menurut al-Quran dan Sunnah
Adakah saya terlalu terbuka dalam masalah ini? Perkara ini telah direkodkan oleh para ulama’ beratus tahun dahulu. Mereka –rahimahumullah- telah mentafsirkan ayat dan mensyarahkan hadis-hadis Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam yang menyentuh cara berjima’ serta the do’s and dont’s. Mari kita olah semula isu ini dalam bahasa yang mudah untuk kita fahami.
Dalam ayat 223 surah al-Baqarah, Allah menyebut yang maksudnya : ”Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.”
Isteri itu diumpamakan dengan kebun kerana kebun / ladang / bumi jika ditanam benih padanya, maka akan tumbuhlah pokok / tumbuhan. Begitu jugalah dengan isteri, jika disetubuhi / diberi benih si suami, maka akan terhasillah anak dengan izin Allah [Lihat : Aysar at-Tafaasir, Abu Bakar al-Jazaa-iri, 35]
Dalam ayat ini juga Allah mengajar manusia bagaimana untuk mendatangi isteri. Suami boleh mendatangi isteri dengan apa jua cara yang dia mahu, samada dari hadapan atau belakang tetapi hanya melalui qubul dan bukan dubur. Dari Jabir radhiyallahu ’anhu berkata : Orang Yahudi berkata : Jika seorang suami itu menyetubuhi isterinya dari belakang (melalui qubul), maka anak yang terhasil akan menjadi juling. Maka turunlah ayat : ”Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai..” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Abdullah bin Saabith datang menemui Hafsah bint AbdirRahman bin Abi Bakr, dia berkata : Aku hendak bertanya satu soalan kepadamu tetapi aku malu. Hafsah berkata : Janganlah engkau malu wahai anak saudaraku. Dia berkata : Bagaimana hukum mendatangi isteri melalui dubur? Hafsah berkata : Ummu Salamah memberitahuku bahawa orang Ansar tidak mendatangi isteri mereka dari belakang. Orang Yahudi mengatakan siapa yang mendatangi isteri mereka dari belakang, anak yang terhasil akan menjadi juling. Apabila kaum Muhajiruun datang ke Madinah dan menikahi wanita-wanita Ansar, mereka mendatangi para isteri dari belakang. Si isteri enggan mentaati suami mereka dan berkata : Janganlah kamu lakukan sebegitu sehingga aku berjumpa Rasulullah shallallahu ’alayhi wa sallam. Wanita tadi berjumpa dengan Ummu Salamah dan mengkhabarkannya mengenai perkara itu. Wanita itu malu untuk bertanya kepada Rasulullah shallallahu ’alayhi wa sallam. Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam menyuruh Ummu Salamah memanggil wanita itu dan Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam membacakan ayat : ” Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai..”, dan kata Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam : ”Asalkan melalui qubul.” (Diriwayatkan oleh Ahmad; Syu’aib al-Arna-uth berkata : Isnadnya hasan)
Para wanita Ansar enggan didatangi dari belakang kerana telah terbiasa dengan cara Yahudi yang mana para wanita mereka didatangi dari tepi / sisi, kerana menurut mereka cara ini lebih tertutup bagi isteri. Ini disebut dalam sebuah athar oleh Ibn Umar radhiyallahu ’anhu [lihat : Tafsir Ibn Kathir, 1/273]. Tetapi Islam datang menyatakan bahawa suami boleh mendatangi isteri dengan cara mana pun asalkan melalui qubul (pantang larang lain akan disebut kemudian insha Allah).
Jima’ dibolehkan pada bila-bila masa, oleh itu isteri wajib mentaati suami dalam hal ini tidak kira siang atau malam. Tidak ada hari-hari tertentu yang dimakruhkan jima’ padanya.
Pantang larang dalam perhubungan intim antara suami dan isteri
Apakah keadaan yang diharamkan jima’?
1- puasa fardhu
2- i’tikaf
3- dalam keadaan ihram – haji atau umrah
4- haid dan nifas
dan beberapa keadaan lain yang melibatkan iila’, zihar dan talaq.
Diharamkan melakukan persetubuhan melalui jalan dubur. Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Sesungguhnya Allah tidak malu dengan kebenaran, janganlah datangi isteri kamu melalui dubur.” (Diriwayatkan oleh al-Nasa’ie, Ibn Majah dan al-Baihaqi)
Kewajipan isteri memenuhi hajat suami
Isteri wajib mentaati suami kerana hak qawwamah (kepimpinan) yang telah diberi oleh Allah kepada suami seperti yang disebut dalam surah al-Nisa’ ayat 34. Tidak ada maknanya hak qawwamah ini jika tidak disertai dengan hak ketaatan. Terdapat beberapa cabang perkara yang perlu diberi ketaatan oleh isteri; antaranya ketaatan dalam memenuhi hajat suami, ketaatan dalam urusan taharah, ketaatan dalam urusan kebersihan tubuh badan dan perhiasan, ketaatan untuk tetap di rumah, ketaatan untuk memelihara harta suami dan lain-lain lagi dalam semua hal. Walaubagaimana pun, perlu diingatkan di sini, walaupun hak ketaatan itu sangat besar bagi suami namun isteri tidak boleh taat jika suami menyuruh sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah. Dalam sebuah hadis Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam menyebut : ”Mendengar dan patuh pada seseorang Muslim itu dalam hal yang dia sukai atau pun yang dibenci adalah selagi mana dia tidak disuruh melakukan maksiat. Jika dia menyuruh sesuatu yang maksiat, maka janganlah dengar dan patuh padanya.” (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi; beliau berkata : Hadis hasan sahih)
Tulisan akan membincangkan secara khususnya mengenai ketaatan dalam memenuhi hajat suami.
Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan isnad yang baik. Berkata al-Haithami : Perawi hadis ini adalah perawi al-Sahih kecuali al-Mughirah bin Muslim, beliau adalah thiqah)
Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata lagi : ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi ; beliau berkata : hadis hasan sahih)
Dalam hadis yang lain pula, Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Demi jiwaku yang ditanganNya, tiada seorang lelaki yang memanggil isterinya untuk bersama, lalu dia menolak, dan suami tidur dalam keadaan marah (tidak redha) maka malaikat akan melaknatnya hingga ke subuh.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sirah Ummahatul Mukminin radhiyallahu ’anhunna pula, kita dapat lihat dalam sebuah hadis, ’Aisyah radhiyallahu ’anha berkata : ”Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha : ‘Aku perlu melangsaikan beberapa hari puasa Ramadhan (yang ditinggalkan), dan tidaklah aku mengqadha’nya melainkan dalam bulan Sya’aban (kerana menyediakan diri untuk Rasulullah shallallahu ’alayhi wa sallam).” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim]
Lihatlah bagaimana bersungguhnya para isteri Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam dalam menyediakan diri mereka untuk Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam sehingga mereka ini menangguhkan puasa qadha’ mereka ke bulan Sya’aban kerana bimbang Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam mungkin menghajati diri mereka pada bila-bila waktu. Ini juga menunjukkan ketinggian adab mereka terhadap Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam. Beginilah sepatutnya kita para isteri berusaha untuk menyediakan diri untuk para suami dan memasukkan kegembiraan dan keredhaan ke dalam hati mereka pada setiap masa. (Lihat : Sahih al-Bukhari, tahqiq Mustafa al-Bugha, 2/689)
Nusyuz
Mengapa isteri berhak mendapat nafkah? Atau dalam erti kata lain mengapa suami wajib memberi nafkah kepada isteri?
Para fuqaha’ menyebut beberapa sebab antaranya :
- Kerana hak yang dimiliki suami untuk ’menahan’ isteri di rumah. Oleh itu, dia tidak dapat keluar mencari rezeki, maka rezekinya mestilah ditanggung oleh suami. Manfaat tetapnya isteri di rumah pula berbalik kepada suami iaitu isteri sentiasa dalam keadaan sedia apabila suami memerlukannya dan ini memelihara suami daripada terjerumus ke dalam perkara haram.
- Kerana penyerahan diri isteri kepada suami, dan membolehkan suami untuk bersama dan berseronok dengan isteri tanpa sebarang halangan. Saya berpendapat Bahasa Arab lebih jelas dan mendalam maknanya dalam menyampaikan maksud ini : وتمكينه تمكينا تاما من الاستمتاع بها
- Ada juga ulama’ yang mengatakan bahawa sebab wajibnya nafkah adalah akad nikah samada isteri memberi khidmat atau tidak. [Lihat : al-Mufassal, Abdul Karim Zaidan, 7/156]
Makna nusyuz : Ingkarnya seorang isteri terhadap suaminya dalam menjalankan tanggungjawab seperti : menolak untuk bersama, keluar dari rumah tanpa izin, enggan duduk serumah dengan suami, enggan musafir bersama suami dan lain-lain [lihat : al-Mughni, Ibn Qudamah, 8/163].
Apakah seorang isteri dikira nusyuz jika menolak permintaan suami tanpa alasan yang diterima syarak?
Di sisi al-Syafi’iyah : seorang isteri itu dikira nusyuz sekiranya menolak permintaan suami untuk bersama atau menolak muqaddimah jimak seperti meraba, memegang dan mencium. Dengan ini gugur kewajipan suami untuk memberinya nafkah kerana nusyuznya isteri dalam hal ini. Jika isteri mempunyai alasan yang diterima syarak seperti sakit, haid, puasa Ramadhan dan lain-lain, maka dia tidak dikira nusyuz dan tidak gugur hak nafkahnya. [Lihat : al-Mufassal, Abdul Karim Zaidan, 7/163].
Begitu juga jawapan Ibn Taimiyah apabila ditanya mengenai isteri yang menolak permintaan suaminya untuk bersama, kata beliau rahimahullah, isteri ini nusyuz dan gugur hak nafkah daripadanya [Lihat : Majmu’ al-Fatawa, 32/175]
Dan akhirnya, beginilah sepatutnya penyerahan diri seorang isteri kepada suami menurut al-Quran dan Sunnah. Solehahnya seorang isteri bukan semata-mata dinilai dari luaran, sopan santun, lemah gemalainya dia, pakaiannya, ibadahnya, tapi antara karakter terbesar yang menjadi ukuran adalah taatnya dia kepada suami. Walau sekuat mana ibadah, walau selabuh mana hijabnya, jika dia tidak mentaati suaminya dalam urusan yang bukan maksiat, bermakna dia telah mengingkari perintah Allah dan RasulNya. Allahu’alam.
assalamualaikum kak, artikel yang bagus, moga para isteri, dan bakal isteri seperti nani ambil ikhtibar.
assalamaualiakum kak…:)
alhamdulillah, bagus artikel ni..
cuma saya rasa, ada ralat sikit…
1-dubur- belakang..lihat ni..mungkin akk tersilap taip..:)Dari Jabir radhiyallahu ’anhu berkata : Orang Yahudi berkata : Jika seorang suami itu menyetubuhi isterinya dari belakang (melalui qubul), maka anak yang terhasil akan menjadi juling. Maka turunlah ayat : ”Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai..” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
2-jatuh- rasanya yg lebih tepat adalah gugur..:)
lihat…ini nusyuz dan jatuh hak nafkah daripadanya [Lihat : Majmu’ al-Fatawa, 32/175]
apa pon, artikel bagus , dan perfect,…:)
teruskan berdakwah kak..:)
Allahu’alam
Wa’alaykumussalam wa rahmatullah, hambailahi..
Terima kasih atas pembetulan, yang point no 2 saya dah betulkan, cuma yang point no 1 tu saya belum nampak lagi di mana saya silap taip. Boleh jelaskan lagi?
Jazakallahu khayran.
Salam,
Saya rasa inilah yang sebaik-baiknya, dan apa yang berlaku disekeliling kita (Malaysia) kebanyakkannya adalah berdasarkan politik serta kepentingan individu semata-mata. Inilah akibatnya jika politik dijadikan panduan dan pegangan. Buangkanlah jauh-jauh sikap suka berpolitik dan kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya berpandukan kepada Al-Quran dan Hadis. Fikirkanlah untuk kepentingan rakyat daripada kepentingan parti dan politik, hak rakyat yang sepatutnya ditunaikan oleh setiap pemimpin.
Wassalam.
salam alaik kak
point no 1tu..
belakang bermaksud( dubur) kan…bukannya qubul…cuba akak lihat kembali
betul tak?tetapi akak menulis..(melalui qubul)
bukan apa..bimbang akan wujud kekeliruan di hadisyang akan tulis diatas:
Jika seorang suami itu menyetubuhi isterinya dari # belakang (melalui qubul)#, maka anak yang terhasil akan menjadi juling. Maka turunlah ayat : ”Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai..” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Allahu’alam wa a’ lam..:)
Oh, tak.. saya memang memaksudkan qubul dan bukan dubur. Maksudnya di sini Yahudi kata jika seseorang mendatangi isterinya dari arah belakang (iaitu isteri membelakangkan dia) walaupun mengikut jalan qubul maka anak yang terhasil akan juling. Tapi ayat ni turun menafikan dakwaan orang Yahudi iaitu suami boleh mendatangi isteri dengan cara macam mana sekali pun samada dari depan, dari belakang dsb asalkan mengikut jalan qubul.
Maksud ayat saya ini diperjelaskan lagi dengan bab yang ditulis oleh al-Imam Muslim rahimahullah dan di bawah bab tersebut dimasukkan hadis Jabir ni tadi : ‘Bab : Bolehnya menyetubuhi isteri melalui jalan qubul samada dari depan atau belakangnya’.
Harap hambailahi jelas dengan maksud ini. Allahu’alam.
assalamualaikum..bagaimana pula dgn kisah sahabat saya ni….dari mgndung beliau merasa sakit bila bersama suami….suami dia pula berkawan dgn ramai perempuan di laman sosial…isterinya dapat tahu..betapa hancurnya hati wanita ini….:(
bila melahirkan anak…suaminya tidak menyediakan rawatn selepas bersalin….untuk isteri itu…mmg la..jika wanita berpantang tak betul2..dirinya akan sakit…isteri ini lgsung tidak berurut, bertungku….seminggu slps bersalin terpaksa buat kerja rumah..ditambah pula dgn ank sulong yg masih kecil…wanita ini juga bekerja…gj yg diterima pun tidak lah cukup untuk keperluan anak2, pengasuh..suami nya tak berikan wang pun untuk kos bersalin isteri..penjagaan dri slps bersalin…kos tggung ank2 ..susu anak mengasuh anak…sampai ke barang didapur pun suami tidak menyediakannya…apa yg d beritahu kpd saya…skrg ibu ini masih mmberikan bayinya yg berumur 8 bulan dgn susu ibu…beliau yg penat bekerja…tambah dgn lakukan kerja untuk pnpatan sampingan bertambah pula dgn kesihatan badan ygtidak memuaskan…kerana tidak berpantang dgn btul..tekanann..dia keletihan….makan mnum tidak disediakakn suami.pakaian tak sediakan…keperluan anak2..spt kos perubatan…jga x dsediakan….sampai ke hari ini wanita itu,lgsung tidak ada keinginan untuk hubunagn intim bersama suami…apakah hukum di situ….cerita yg agak ringkas kot ni…:)
Salam…
Tapi ada pulak suami yang hanya sebulan sekali atau dua tiga bulan sekali beri nafkah batin kepada isteri tanpa sebab. Ada atau tidak hukum tentangnya dan kalau ada kupasan yang menarik seperti di atas sangatlah diharapkan. Ini memandangkan di Mahkamah Syariah sekarang ni, banyak juga isteri mohon fasakh terhadap suami atas alasan tersebut.
Selalunya penulisan hanya fokus kepada nafsu suami dan hak suami untuk menuntut kepuasan nafsu dari isteri, tetapi bagaimana pula tentang nafsu isteri dalam situasi seperti ini? Sedangkan risiko untuk berlakunya kecurangan sama sahaja di kalangan suami atau isteri sekiranya tuntutan fitrah ini tak dilaksanakan dengan sempurna
terima kasih…
Assalamu’alaykum..
kawan yang simpati : banyak juga isu dalam kisah di atas. Sebaiknya pergi ke pejabat agama dan dapatkan nasihat daripada qadhi atau mereka yang bertanggungjawab untuk sort out setiap satu isu.
musykil hukum : seperti yang kita maklum, Islam meraikan kemaslahatan kedua-dua belah pihak. Sudah tentu isteri juga punya hak untuk menyalurkan syahwatnya ke jalan yang halal dan menjadi kewajipan suami untuk menunaikannya. Insha Allah jika ada kelapangan mungkin boleh tulis mengenai perkara ini.
Penulisan yang bagus yg menyedarkan wanita kembali kepada tujuan asal perkahwinan iaitu menghalalkan yang haram untuk kaum lelaki. Membaca artikel ini menyedarkan saya betapa kaum lelaki dijadikan Allah dengan tanggungjawab yang sangat berat dari segi menjaga solatnya, puasanya, kepimpinannya dan sebagainya termasuk juga dalam mengawal nafsu sehinggakan kemudahan juga diberikan Allah kepada lelaki yang beriman untuk mendatangi para isteri mereka sama ada dari posisi depan, sisi dan belakang mengikut keinginan masing-masing. Semoga saya terus menjadi isteri yang taat kepada suami yang berakhlak baik. Amin.
Terima kasih penulis.
Ustazah,
Mohon nasihatkan saya, rasanya saya gagal. Sebut pasal layan suami, bermacam cara sudah dinasihatkan, tetapi isteri tetap menolak. Mungkin kerana ia tahu atau tidak mahu tahu.
Isteri saya tidak sedar rasanya bahawa melayan suami bukan sekadar menyediakan makanan semata-mata dan bila sampai masanya ketika perut lapar. Isteri saya tidak pernah sedar bahawa nafsu juga ada tempohnya ia akan lapar. Tidak berada dalam keadaan haid, akan ada saja alasannya. Apatah lagi bila dalam keadaan haid, seolah-olah terlepas segala tanggungjawabnya.
Ada ketikanya saya meminta isteri melakukan apa saja dan ia maklum bahawa ia tahu melakukannya apabila dalam keadaan haid tetapi sengaja membodohkan dirinya. Lantas untuk melakukkannya sendiri saya tidak berani kerana ia ternyata berdosa. Pilihan saya adalah berpuasa. Berpuasa untuk mengelak diri ini berdosa. Berapa lama saya harus berpuasa, sebulan lagi atau dua bulan lagi, menahan sakit yang perbuatan isteri yang bukannya jahil tapi bodoh tak mahu belajar. Maafkan saya, mungkin inilah emosi saya.
Pohon bantuan apabila isteri saya sudah berkali-kali nusyuz (kerana gagal melaksanakan tugasnya), apa yang harus dilakukan.
Saya tanggung suma belanja keluarga,anak 5 suma sekolah.suami buat bisnes tak de untung lansung.Dah masuk 4 tahun cenggini.Bila ditegur merajuk,diancam nak pukul.Nafkah batin tu seminggu sekali tu dah kira bagus lah.Saya dah kurang rasa sayang pd dia.Saya terperangkap dlm perkahwinan ini.hutang piutangnya pun saya tanggung.Saya tak boleh nak buat apa-apa kerana saya perlukan dia untuk jalan ke sorga.saya sedar saya hamba allah.Saya perlu taat atas perintahnya utk dapatkan redhanya.Maka saya perlu “BELA”suami saya itu.Tapi kesian anak-anak tak dapat pakaian,pelajaran ,makanan yg sepatutnya demi membela suami istimewa saya ini.Apa-apapun saya kena tanggung.Amekkau !!! (diri sendiri)
apa pula yg patut di gelar pada isteri yang tidak menjaga aurat nya ketika di rmh mahu pun di luar rumah,mengabaikan tanggung jawab nya terhadap Tuhan walaupun hakikat nya telah banyak dosa2 besar di lakukan…dan tanggungjawab nya terhadap rumah tngga nya sendiri,sprti memasak,utk suami,memgemas,menjaga anak.menghormati suami…tetapi semua itu suami yang lakukn,dimana kah rasa hormatnya pada suami?sedangkan suami tak prnah lupa menunaikn solat 5 wktunya,tetapi tak prnah sekali pun menegur segala perbuatan isterinya..(GOLONGAN APAKAH ISTERI INI?)
Apakah jatuh zihar jika baru bertunang
tidak..
assalamualaikum, saya nak bertanya, macam mana jika isteri tidak mahu melayani suaminya (seks). adakah suami ini digelar dayus? apakah makna dayus? dan adakah isteri itu nusyuz hanya kerana tidak melayani suaminya (terlalu lama lebih 2 tahun). dan adakah isteri berhak untuk menghalang suami bernikah satu lagi kerana isteri tidak melayaninya? dan bolehkah suami tidak meminta izin untuk berkahwin lagi kerana isteri menentang? saya sangat2 buntu dan mau persoalan ini terjawab. (nadiah : 0137996951). wasalam
Puan, isteri tidak mahu melayan suami itu dikira sebagai tidak melaksanakan tanggungjawab. Maka jatuh lah hak nafkah kepada seorang isteri dari seorang suami. Dayus itu tidak ada kena mengena banyak dalam soal ini. Dayus bermaksud, si suami dicabar oleh isteri untuk hal-hal melaksanakan hukum. Misalnya, si suami melihat isterinya telah sengaja berlaku curang, jika hukum agama mewajibkan si suami bertindak atas perbuatan si isteri tetapi si suami tidak melakukannya, maka si suami di kira dayus sebab membiarkan si isteri terus bergelomang dengan noda tanpa tindakan berlandaskan agama oleh suami. Dalam kes si suami gagal memujuk isteri bagi tujuan si isteri melaksanakan tugasnya, bukan dinamakan sampai dikira dayus. Jika telah agak lama misalnya bertahun-tahun, suami harus mengadukan perkara ini kepada mahkamah dan jika sabit, maka suami boleh menjatuhkan talak.
assalamualaikum,kak.
sy nak tanya,apakah hukum seorang suami sekiranya terlalu sibok mencari rezeki dan mssenya lbh byk habis diluar,berbanding berada disamping isteri?
bila disuakan masalah ini pada suami,
alasannya.isteri kena paham selagi suami x dpt bertapak(hidup senang)dia terpaksa buat semua 2..
adakah isteri tiada hak menuntut masa suami itu?
alhamdulillah,,sedikit demi sedikit dapat menambahilm pengetahuan,,
salam..
sy jg mngalami mslh yg sama…sy bekerja jauh dr rumah,lbh krg sejam 15minit perjalan utk smpai ke tmpt kerja..bila blk umh,nk kena amik ank2.jamu diorg mkn…kena kemas umh…suami pulang lewat…kadang2 kami dh tdo br dia blk…
badan terasa letih…tambahan bila dh tdo..bila suami mengajak untuk bersama,sy tpaksa tolak sebab x larat…kadang2 berlarutan shingga bminggu2…sy tahu suami kecewa tapi sy x mampu nk buat apa kerana badan terasa sgt letih…apa yg patut sy buat?
salam kak…
saya ingin bertanyaperihal seorang kawan saya ni.. dia tinggal jauh dengan suami. permasalahannya sekaarang, suaminya ingin isterinya melayan kehendak seks dia melauli telefon dengan cara berlakun…. dan suaminya akan melakukan sendiri.. adakah boleh atau tidakt sedang isteri amat tidak selesa dengan cara suami nya?
Assalamualaikum kak,
saya ingin bertanya, apa hukumnyer si isteri tidak mahu berjimak dgn suami kerana berperasaan marah dan sakit hati dgn madunya.
alhamdulillah… Input yang sngt baik… Sama2lah kita memperbaiki diri…Dan utk si suami, jika sayang kan isteri, ingatkanlah mereka.. Bantulah mereka mendapatkan syurga allah…. =)
Dan untuk saudara2ku yang menghadapi masaalah rumahtangga, redhalah dgn apa saja dugaan yang datang kepada kamu, setiap insan akan ada dugaan dan cabarannya di dunia ini… Bersabarlah, sesungguhnya Allah suka kpd org2 yang sabar…Ingatlah segalanya adalah ketetapan Allah dan kepadaNya juga kita akan dikembalikan…
Assalamualaikum…
Alhamdulillah… Teruskan berdakwah di alam cyber ini.
Zaman skrg ramai yg dahagakan ilmu.
Semoga anda diberkati.
Assalamualaikum..
Saya juga menghadapi masalah yang sama..isteri sy memang rajin dalam soal mengemas rumah, membasuh, menyediakan makanan tetapi bila hendak bersama sahaja pelbagai alasan yang diberi..saya pernah menasihati dia sebelum ini tetapi seminggu selepas itu balik seperti asalnya..saya sayangkan isteri saya walaupun kdg2 dia agak panas baran dan selalu tidak mendengar kata.. saya faham dia berkerja tapi saya juga berkerja dan saya juga akan membantu dia untuk kerja-kerja rumah…kalau nak dibandingkan kerja saya lebih memenatkan..saya juga dikurniakan anak seorang setelah hampir 3 tahun berkahwin..dia memang seorang ibu yang baik tapi saya juga turut membantu dia untuk menjaga anak dari aspek segalanya..malahan bila balik kerja saja diibaratkan menjaga anak itu adalah tanggungjawab saya sepenuhnya..tapi saya tak kisah sebab saya sayangkan anak saya..cuma perkara itu sahaja yang kurang ..terus terang saya katakan saya memang agak kecewa dengan sikapnya..saya takut saya akan terjerumus ke lembah maksiat ataupun berlakunya kes penceraian..saya tak suka memaksa sebab tiada guna kalau bersama dengan muka berkerut dan menjadi malas…kdg2 saya jadi marah tapi saya hanya pendamkan saja..saya taknak bercerai sebab saya sayangkan keluarga saya..tolonglh budiman..apa yang perlu saya lakukan..terima kasih.
salam, well said. semoga semua kaum isteri menjadikan teladan dan sepadan. begitu juga kaum suami, agar tidak abaikan tanggungjawab pada isteri dan keluargnya.
tentang peri pentingnya isteri utk sentiasa taat pada suami, secara umumnya, setiap isteri tahu dan sedar akan nya. persoalannya, sejauh manakah jujur dan ikhlasnya seorang isteri dalam taat kepada suami? bagaimana pula isteri walaupun rela didatangi suami tetapi dalam keadaan yang penuh kaku? tidak mesra pada suami? malah mencabar keperluan untuk meminta izin dari suami sebelum keluar rumah dan merasakan diri terkongkong kerana perlu meminta izin suami? apa yg patut saya buat?
Tegur, nasihat, marah – semua sudah. tapi isteri masih lagi sedemikian malah memilih untuk berbuat perkara yang suami jelas tak suka.
apa yg patut saya buat? sya amat sygkan isteri saya dan keluarga saya…
saya baru sahaja bernikah.. dan kini telah pun berbadan dua (sudah disahkan 2 bulan mengandung).. asas perkahwinan saya bukanlah berlandasakan perasaan sayang dan cinta. perasan saya terhadap suami saya biasa2 shj.. tetapi memikirkan usia yang kian lanjut dan kluarga mahukan saya berkahwin segera, maka saya telah berjaya memaksa hati ini untuk menerima suami saya.. saya beranggapan saya boleh pupuk rasa sayang dan cinta selepas berkahwin, namun hasilnya tetap tidak berubah. walaupun telah bersama dengan suami, tetapi perasaan saya tidak pernah ikhlas.. kadang2 saya kaku ketika bersama dan kadang2 saya menolak permintaannya.. kadang2 juga untuk tgk muka suami pun saya taknak dan saya sering bermuka masam kerana tidak suka dia ada bersama…
sejak berbadan dua ini, tahap kesihatan saya menurun sering letih dan sakit2 badan.. dan itu menjadikan alasan saya tidak mahu bersama dengan suami. dan sememangnya saya tidak mahu bersama kerana merasakan sudah bosan.. suami saya seorang baik dan saya tahu dia menyayangi diri saya. tetapi hati ini masih tidak dapat menerima dia dalam hidup saya dan terasa amat sukar walaupun saya telah mencuba untuk menerima dia..
saya tahu saya telah banyak berdosa walaupun usia perkahwinan ini baru sahaja memasuki bulan keempat..
jika puan boleh memberi saya nasihat yang lebih berkesan.. saya amat berbesar hati.. kerana saya tidak mahu menjadi isteri yang berdosa kerana menjadi isteri yg solehah ini adalah road to jannah… saya ingin melawan perasaan jahat ini tetapi sering gagal.. bantu lah saya…
Tq atas ilmu ni.,,,,ramai org berkata nafkah batin lelaki kepada isteri….takde yg menceritakan masalah suami tak dpt nafkah batin…sebenarnya ramai lelaki tak dpt nafkah batin dgn sempurna..